Selamat Datang ke MyJodoh2U
Laman Cari Jodoh untuk Muslimin dan Muslimat di Seluruh Malaysia

Mendaftarlah sebagai ahli MyJodoh2U dengan pendaftaran yang mudah dan percuma!
Kami memandang serius tentang isu penyalahgunaan dan penipuan yang mungkin terjadi di laman ini. Oleh sebab itu kami
mengambil langkah untuk
membuat semakan secara manual terhadap semua pengguna MyJodoh2U bagi mengesahkan identiti dan maklumat tertentu pengguna serta memantau
aktiviti-aktiviti pengguna dari masa ke masa. Dengan ini
membolehkan mana-mana pengguna yang menyalahgunakan laman ini dapat dikesan dengan mudah bagi dikenakan
tindakan undang-undang yang tegas.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup.
Janganlah mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka.
Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang
beragama adalah lebih baik." - (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).
Antara Tujuan Sesebuah Perkahwinan:
- Mengikuti sunnah Nabi.
- Menjaga pandangan dan memelihara kehormatan diri.
- Melahirkan anak-anak yang soleh.
- Membentuk keluarga dan rumah tangga Muslim.
- Menghiburkan hati dan mendapat ketenangan.
- Menghubungkan silaturrahim.
- Memenuhi tuntutan naluri dan biologi.











